![Aplikasi Kongsi bantu perusahaan mikro, PKS atasi masalah aliran tunai Aplikasi Kongsi bantu perusahaan mikro, PKS atasi masalah aliran tunai](https://gerbangpost.com/wp-content/uploads/2020/04/img_825x516_13-1.jpg)
Aplikasi Kongsi bantu perusahaan mikro, PKS atasi masalah aliran tunai
KUALA LUMPUR, 27 April — Syarikat pemula niaga teknologi kewangan Malaysia, Kongsi melancarkan platform pembiayaan alternatif, bukan tunai bertujuan membantu perniagaan mikro, kecil dan sederhana (MSME) untuk mengatasi masalah aliran tunai berikutan pandemik COVID-19.
Syarikat itu telah menguji aplikasinya sejak dua tahun lepas di Muar, Johor, dan dijangka menarik MSME di seluruh negara melalui pelancaran kempen “Lebih Banyak Aliran Tunai”.
Dalam kenyataan hari ini, Kongsi berkata platform itu memperkenalkan ‘trade point’ dikenali sebagai Kongsi Point sebagai pengganti tunai, yang membolehkan perniagaan menukar produk dan perkhidmatan.
“Sepanjang bulan April dan Mei, kami berharap dapat sebanyak 100,000 MSME untuk mendaftar di platform tersebut.
“Kami juga sedang cuba mendorong kerajaan untuk membenarkan menyambung semula perdagangan menggunakan barangan dan perkhidmatan sedia ada untuk mengaktifkan semula enjin ekonomi,” katanya.
Pada masa sama, Kongsi berkata ia menyasarkan untuk menemui Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed untuk menyakinkan kerajaan untuk mengambil langkah berani dengan menerima pembayaran cukai dan utiliti serta pembayaran pelesenan kerajaan yang lain menggunakan Kongsi Point.
— BERNAMA