
Apple telah mengklasifikasikan iPhone XS Max dan iPhone 6s Plus sebagai produk lama.
Apple kini telah mengklasifikasikan iPhone 6s Plus dan iPhone XS Max sebagai produk vintaj di seluruh dunia.
APPLE biasanya mengemas kini status produk mereka, terutama selepas lima tahun mereka berhenti menjualnya dan menganggapnya sebagai produk vintaj.
Ini berkaitan dengan pemberhentian jualan, sokongan, dan kebolehan untuk membaikinya kerana ia tidak lagi dihasilkan.
Baru-baru ini, Apple telah mengklasifikasikan iPhone 6s Plus dan iPhone XS Max sebagai produk vintaj di seluruh dunia.
Sebelum ini, iPhone 6s Plus dilancarkan pada September 2015, manakala iPhone XS Max dilancarkan pada September 2018.
Untuk sekarang, model-model yang sedikit berbeza seperti iPhone 6s dan iPhone XS tidak diletakkan dalam kategori yang sama, tetapi mungkin akan dibuat perubahan dalam masa terdekat.
Adakah anda masih menggunakan kedua-dua jenis peranti ini sekarang.