Arab Saudi gantung sementara visa umrah, lawat Masjid Nabawi

Arab Saudi gantung sementara visa umrah, lawat Masjid Nabawi

KAHERAH,. Arab Saudi menggantung sementara kemasukan ke negara itu bagi tujuan menunaikan umrah dan lawatan ke Masjid Nabawi di Madinah.

Kementerian Luar negara itu mengumumkan perkara berkenaan melalui Twitter, hari ini, berikutan kebimbangan terhadap penularan wabak COVID-19.

Kerajaannya turut menggantung kemasukan ke Arab Saudi bagi pemegang visa pelancongan dari negara yang berdepan ancaman coronavirus.

Selain itu, kementerian berkenaan meminta rakyat Arab Saudi supaya tidak berkunjung ke negara yang menghadapi penularan COVID-19.

Sementara itu, Iraq melarang semua perhimpunan awam, selain menyekat kemasukan pelawat dari Kuwait dan Bahrain, kata Menteri Kesihatannya, semalam.

Bilangan negara dimasukkan ke dalam senarai larangan masuk berkenaan kini mencecah sembilan, susulan kebimbangan terhadap penularan coronavirus.

Rakyat Iraq kini turut dilarang berkunjung ke sembilan negara, iaitu China, Iran, Jepun, Korea Selatan, Thailand, Singapura, Itali, Bahrain serta Kuwait, kata menteri itu dalam satu dekri yang dilihat oleh Reuters.

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)