
Arab Saudi Perkenal Aplikasi AI Global Ajar Al-Fatihah kepada Jemaah Seluruh Dunia
MADINAH – Arab Saudi terus memperkukuh peranannya sebagai pusat pendidikan Islam global dengan pelancaran platform digital pintar untuk membimbing bacaan Surah Al-Fatihah kepada jemaah haji dan umrah dari pelbagai negara.
Platform itu boleh dicapai melalui pautan https://fatiha.prh.gov.sa/home, dan menawarkan panduan interaktif merangkumi tajwid, tafsiran dan hafazan dalam pelbagai bahasa.
Diperkenalkan oleh Presidensi Hal Ehwal Agama Arab Saudi, teknologi berasaskan kecerdasan buatan (AI) ini mampu memberi maklum balas segera terhadap kesalahan bacaan, serta menghasilkan laporan kemajuan pengguna secara automatik.
Usaha ini menunjukkan komitmen berterusan Arab Saudi dalam mempermudah pembelajaran Islam kepada umat sejagat, khususnya ketika menunaikan ibadah di tanah suci.