Arteta pertahan tindakan Arsenal

Arteta pertahan tindakan Arsenal

LONDON,. Mikel Arteta mempertahankan tindakan Arsenal membuang pekerja ketika kelab itu menawarkan kontrak baharu yang lumayan kepada Pierre-Emerick Aubameyang dan Willian.

Sebahagian bintang Gunners tidak gembira dengan pembuangan 55 kakitangan yang dibayar gaji lebih murah selepas mereka menerima potongan 5.7 peratus pada April.

Arteta menegaskan: “Kami perlu membuat keputusan bagi membolehkan pemain kami menyumbang potongan gaji ketika tempoh Covid dan mereka gembira untuk melakukannya.

“Tapi ia tidak bermakna anda hak berkata sesuatu terhadap setiap keputusan dibuat kelab. Ia tidak seperti itu.

“Sebagai pemain, kelab ini sudah banyak menyokong kami, untuk saya sudah bertahun-tahun, sama ada kami cedera, sakit, beraksi dengan baik atau tidak.

“Jadi kami cuba untuk melakukan perkara yang betul sebagai manusia bagi membantu kelab dalam keadaan kewangan sukar bagi mengekalkan sebahagian kerja.”

Kapten, Aubameyang ditawarkan kontrak baharu tiga tahun berjumlah £250,000 seminggu (RM1.39 juta) manakala Arsenal juga membawa masuk bekas bintang Chelsea, Willian dengan bayaran £130,000 seminggu (RM722,984). – Agensi

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )