AS lulus US$1.8 bilion penjualan senjata kepada Taiwan

WASHINGTON,. Amerika Syarikat (AS) meluluskan tiga penjualan senjata kepada Taiwan yang berjumlah US$1.8 bilion, lapor agensi berita Sputnik, memetik Agensi Kerjasama Keselamatan Pertahanan (DSCA).

“Jabatan Luar Negeri membuat keputusan untuk bersetuju dengan kemungkinan menjual senjata kepada Taiwan, membabitkan peluncur sistem roket, pelancar M142 dan lain-lain peralatan berkaitan dianggarkan bernilai US$436.1 juta,” menurut kenyataan agensi itu pada Rabu.

Dalam dua lagi kenyataan media berasingan, DSCA mengumumkan persetujuan penjualan senjata jenis 135 AGM-84H bernilai US$1 bilion dan MS-110 Pod berharga US$367 juta.

AS telah menghantar pegawai tingginya untuk bertemu dengan kepimpinan Taiwan di tengah-tengah ketegangan yang memuncak dengan China. Beijing menganggap Taiwan sebagai wilayah sah China.

Langkah AS itu kononnya untuk mengurangkan penguasaan China dan menentang tuntutan wilayah maritimnya.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )