ASEAN-Korea Train dilancar, disasar perkukuh kerjasama dengan Asia Tenggara

ASEAN-Korea Train dilancar, disasar perkukuh kerjasama dengan Asia Tenggara

SEOUL,. Kira-kira 200 peserta delegasi dari 10 buah negara Asia Tenggara memulakan perjalanan tiga hari menggunakan kereta api khas ke beberapa lokasi di Korea Selatan, bermula Rabu.

Program ASEAN-Korea Train anjuran Kementerian Luar Negeri Korea Selatan dengan kerjasama ASEAN-Korea Centre (AKC) ini menyaksikan peserta mengambil bahagian dalam sesi dialog ekonomi, kebudayaan dan keamanan di Gyeongju, Busan, Suncheon Gwangju dan Seoul.

“Republik Korea, dengan Dasar Selatan Baharu yang dilancarkan, berharap hubungan dengan Asia Tenggara akan melangkaui batas sempadan dan lebih berorientasikan hubungan dan rasa hormat antara satu sama lain.

“Kami juga berharap dapat memperluaskan kerjasama perniagaan industri kecil dan sederhana yang secara tidak langsung merupakan nadi utama pertumbuhan ekonomi Asia Tenggara dan Republik Korea,” kata Menteri Industri Kecil dan Sederhana Korea Selatan, Park Young-sun, pada majlis perasmian, di sini, pada Rabu.

Acara dengan tema Advancing Together ini juga memulakan countdown 40 hari menjelang Sidang Kemuncak ASEAN-ROK 2019 yang bakal berlangsung di Busan, 25 dan 26 November depan.

Sidang kemuncak itu yang akan meraikan hubungan 30 tahun antara Republik Korea dan Asia Tenggara akan mempromosikan kerjasama dalam semua bidang berdasarkan nilai 3P iaitu People, Prosperity dan Peace.

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )