ASEAN Satu Suara, Sedia Hadapi Tarif AS – Anwar

ASEAN Satu Suara, Sedia Hadapi Tarif AS – Anwar

GOMBAK, 11 April – Dalam perkembangan terbaru hubungan perdagangan serantau, ASEAN kini tampil dengan pendirian bersatu menolak tarif dikenakan oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, dan bersiap sedia untuk berunding sebagai satu blok serantau.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, konsensus itu dicapai semasa dua mesyuarat penting ASEAN minggu lalu melibatkan Menteri Ekonomi, Menteri Kewangan, dan Gabenor Bank Pusat.

“Kita tidak setuju dengan pendekatan tarif. ASEAN akan bertindak bersama dan saya diberi tanggungjawab untuk hubungi semua pemimpin bagi menyelaras tindakan,” kata Anwar selepas solat Jumaat di Masjid Asy-Syakirin.

Malaysia turut menyambut baik keputusan AS menangguhkan tarif balas selama 90 hari — memberi ruang kepada rundingan damai.

gerbangpost.com

CATEGORIES
Share This