Australia, New Zealand dan Kanada gesa gencatan senjata segera di Gaza

Australia, New Zealand dan Kanada gesa gencatan senjata segera di Gaza

Ketiga-tiga pemimpin itu menggesa Israel untuk memberi maklum balas terhadap keputusan ICJ minggu lepas yang menganggap pendudukan wilayah Palestin oleh Israel adalah haram.

RAMALLAH: Pemimpin Australia, New Zealand dan Kanada pada Jumaat menggesa gencatan senjata segera di Gaza dalam satu kenyataan bersama, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

“Gencatan senjata segera amat diperlukan,” menurut kenyataan itu.

“Orang awam mesti dilindungi dan peningkatan berterusan dalam aliran bantuan di seluruh Gaza diperlukan untuk menangani situasi kemanusiaan.”

“Kami menyeru Israel untuk memberi maklum balas secara substantif kepada pendapat nasihat ICJ, dan memastikan akauntabiliti terhadap tindakan keganasan berterusan terhadap rakyat Palestin oleh peneroka pelampau, membalikkan perluasan penempatan di Tebing Barat yang haram di bawah undang-undang antarabangsa dan berusaha ke arah penyelesaian dua negara,” menurut kenyataan itu.

“Kami sangat bimbang tentang kemungkinan peningkatan ketegangan di seluruh rantau ini.”

sumber – BERNAMA

gerbangpost.com

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )