Axiata tawar 3.2 juta saham kepada pekerja, CEO di bawah RSO

Axiata tawar 3.2 juta saham kepada pekerja, CEO di bawah RSO

KUALA LUMPUR,. Penyedia telekomunikasi, Axiata Group Bhd hari ini menawarkan 3.2 juta sahamnya di bawah Axiata Restricted Share Plan (RSP) kepada pekerja yang layak.

Axiata menjangka hak yang ditawarkan di bawah tawaran saham terhad (RSO) dalam tempoh tiga tahun dari tarikh penerimaan RSO, tertakluk kepada pekerja yang layak dalam memenuhi sasaran prestasi individu mereka, Axiata Group memenuhi sasaran kewangan tertentu yang melebihi nilai ambang tertentu.

“Melainkan pekerja yang layak memenuhi sasaran prestasi tertinggi mereka, jumlah hak yang ditawarkan di bawah RSO yang akan berada dalam peletakhakan akan lebih rendah daripada jumlah saham Axiata yang ditawarkan,” katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia semalam.

Axiata telah membuat tawaran kepada Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya Datuk Mohd Izzaddin Idris, terdiri daripada 436,000 saham yang mungkin dalam peletakhakan apabila mencapai sasaran masing-masing dan prestasi Axiata.

Harga penutup saham pada tarikh tawaran ialah RM3.60 sesaham.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )