Azam Baki Kekal Ketua SPRM Setahun Lagi

Azam Baki Kekal Ketua SPRM Setahun Lagi

KUALA LUMPUR – Tan Sri Azam Baki dilantik semula sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM bermula 13 Mei ini bagi tempoh setahun, menurut kenyataan Ketua Setiausaha Negara pada Jumaat.

Ini merupakan pelantikan semula kali ketiga beliau sejak mula mengetuai SPRM pada 2020.

Pelantikan disahkan mengikut peruntukan Akta SPRM 2009 dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Sepanjang tempoh perkhidmatannya, Azam memimpin pelbagai pembaharuan institusi serta mengetuai siasatan kes-kes berprofil tinggi melibatkan rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

gerbangpost.com

CATEGORIES
Share This