Azmin dah jumpa Anwar, Zuraida bila lagi?

Azmin dah jumpa Anwar, Zuraida bila lagi?

KUALA LUMPUR,. Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali telah mengadakan pertemuan tidak rasmi bersama Presiden parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim di kafetaria Ahli Parlimen pada Selasa.

Turut serta dalam pertemuan itu adalah Setiausaha Agung PKR yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Gambar pertemuan tiga pemimpin PKR itu dikongsi oleh seorang ahli parti itu yang dikenali sebagai Syafiq Sunny di laman Facebooknya.

Pertemuan itu menjadi tumpuan berikutan Anwar dan Azmin dikatakan tidak sehaluan sebaik berakhir Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dan sering mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang mengambarkan hubungan dingin antara keduanya.

Azmin yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi didakwa mahu meninggalkan PKR dan menubuhkan parti baharu kerana tidak lagi sehaluan dengan Anwar.

Selain itu, Azmin bersama beberapa pemimpin PKR didakwa sering tidak hadir ke mesyuarat parti itu dan tindakan itu dikaitkan dengan hubungan beliau dan Anwar yang semakin retak.

Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang turut tidak hadir mesyuarat meminta diadakan mengadakan mesyuarat rekonsiliasi antara Anwar dan pihak yang tidak berpuas hati dengannya.

Namun, Anwar menolak cadangan tersebut dan menegaskan, Zuraida dan pemimpin PKR yang tidak sehaluan dengannya boleh berjumpa dengan mereka dalam banyak mesyuarat biasa PKR.

Mesyuarat biro politik PKR diadakan setiap Rabu manakala Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dijalankan pada setiap bulan.

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )