
Baik Pulih lif PA/PPR; Penduduk Liga Selepas Sekian Lama Menanti
KUALA LUMPUR,. NOTIS MAKLUMAN Untuk makluman semua, lift PA,DESA REJANG sedang dalam proses naiktaraf dan penukaran alat ganti yang telah rosak ini melibatkan 12 Blok PA, Desa Rejang Setapak Jaya . Oleh demikian pada semua penghuni ambil makluman atas perkara tersebut.
Memohon jasa baik semua penduduk bagi memastikan proses baik pulih dan naik taraf ini berjalan lancar dan tidak ada pekara yang tidak diingini bedrlaku kerana kerja – kerja baik pulih memakan masa tidak ada tarikh yang ditetapkan.
Menaiktaraf membabitkan penukaran lif ini memang sangat dinantikan semua penduduk yang sebelum ini ada diantaranya pesakit seperti (Blok J), sebelum ini sakit tidak dapat untuk di bawa turun terpaksa memanggil Bomba dan persatuan penduduk dengan (taskforce) membawa naik pula sememangnya amat menyukarkan penghuni jika berhadapan dengan masaalah tersebut.
Penukaran dan naik taraf ini dibuat selepas mengambil kira kerosakan yang berlaku dan faktor risiko ke atas penduduk tanggung sebelum ini segalanya akan berubah kata seorang penduduk kepada wartawan Gerbangpost,mereka berterima kasih kepada Dewan Bandaraya (DBKL),kerana telah mendengar masaalah yang kami hadapi disini dan terima kasih juga kepada persatuan penduduk yang banyak membantu masaalah penduduk selama ini.
Dipahamkan keseluruhan LIf disini ada 38 unit, semuanya dari 12 BLOK Pa Desa Rejang ini. Kemudahan lif di kawasan perumahan bertingkat sangat penting kerana ia membantu memudahkan pelbagai urusan penduduk.
Daripada ibu bapa yang pergi balik ke tempat kerja, anak-anak kecil yang ke sekolah hinggalah penghantar bungkusan atau makanan, masing-masing memerlukan fasiliti ini untuk memudahkan urusan harian mereka.
Namun ianya bergantung juga kepada penggunaan semasa penduduk dengan kepadatan di setiap PA/PPR.atau dimana sahaja
jika kekerapan terlalu tinggi memerlukan pematauan yang dijangka lebih kerap kepada Koantraktor yang dilantik bagi mengatasi persalahan tersebut.
kekerapan penggunaan boleh mempengaruhi jangka hayat sesebuah lif. Justeru, ia perlu dinaik taraf kembali, Namun penduduk juga seharusnya sedar akan keperluan ini perlulah menggunakanya secara berhema mungkin juga ada yang terlepas pandang cara menggunakan lif disetiap pangsapuri,atau dimana sahaja. ianya seeloknya digunakan dengan cara yang betul ada diantaranya menahan Lif bagi menurunkan barang peniagaan,buang barang dan sebagainya juga adakah ianya dibunakan dengan cara yang betul.
program penyelenggaraan perlu dilaksanakan lebih kerap dan perlu juga diadakan Program kesedaran cara dan kaedah menggukan lif dengan sempurna kepada semua penduduk jika perlu.
–GERBANGPOST