Bakri Pipeline Industries lebar sayap ke Malaysia

Bakri Pipeline Industries lebar sayap ke Malaysia

JAKARTA,. Firma Indonesia, PT Bakri Pipeline Industries (BPI) melantik Straits Oil Tools Sdn Bhd (SOT) sebagai pengedar eksklusif produk keluli karbon keluarannya di Malaysia.

Pengarah Eksekutif SOT, Nik Mohd Redza N Aziz, berkata perjanjian dengan BPI adalah bagi tempoh tiga tahun.

“Di bawah perjanjian itu, kami akan menerajui usaha jualan dan pemasaran produk-produk berkenaan,” katanya kepada BERNAMA.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif SOT, Azwan Omar, berkata kerjasama strategik berkenaan meletakkan syarikat sebagai pembekal yang boleh dipercayai, sekali gus membuka peluang besar dalam landskap industri yang dinamik.

“Usaha pertukaran pengetahuan dan kepakaran mengenai produk keluli karbon berkenaan hanya menjanjikan manfaat bersama untuk kedua-dua negara selain mewujudkan pemulihan dan pertumbuhan ekonomi bagi tempoh pasca COVID-19,” katanya.

Perjanjian yang dimeterai pada 20 November lalu dilakukan oleh Nik Mohd Redza yang mewakili SOT dan Ketua Pegawai Eksekutif BPI, R Atok Hendrayanto.

BPI yang ditubuhkan pada 1959, adalah anak syarikat konglomerat PT Bakrie & Brothers yang terbabit dalam bidang pembuatan paip keluli dengan produk berkualiti tinggi untuk pelbagai kegunaan dalam industri minyak dan gas, pembinaan serta infrastruktur.

–BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )