BAM Kini Di Landasan Stabil, Kepimpinan Tengku Zafrul Dijangka Lancar – Norza

BAM Kini Di Landasan Stabil, Kepimpinan Tengku Zafrul Dijangka Lancar – Norza

KUALA LUMPUR – Tan Sri Mohamad Norza Zakaria menyifatkan peralihan kuasa dalam BAM kepada Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz sebagai langkah tepat yang bakal menjamin kesinambungan kecemerlangan organisasi.

Beliau menjelaskan bahawa pelbagai pembaharuan, termasuk penstrukturan semula peranan antara BAM dan ABM, serta pelantikan Ketua Pegawai Kewangan yang profesional, telah membuka ruang kepada sistem tadbir urus yang lebih efektif dan moden.

“Dengan sokongan PEMANDU Associates dalam menganalisis prestasi dan strategi, serta dua timbalan presiden yang berpengalaman, saya yakin Tengku Zafrul akan dapat memperkukuh lagi struktur BAM ke peringkat antarabangsa,” katanya.

gerbangpost.com

CATEGORIES
Share This