
Banjir Kilat Disekitar perumahan setapak Kuala Lumpur
KUALA LUMPUR,. Beberapa kawasan dan laluan di sekitar setapak dinaiki air berikutan hujan lebat lebih dua jam pada pagi ini mengakibatkan beberapa kawasan yang dinaiki air telah mengakibatkan kenderaan penduduk juga di tenggelami air pada pagi ini.
Ditambah lagi di kawasan ini ada kawasan kontrak yang masih baharu berhampiran kediaman penduduk di kawasan desa Rejang air turun dari longkang besar bahagian belakang tepi Highway Duke.
Hujan bermula sejak awal pagi dan mulai lebat kira-kira 9am pagi Bagaimanapun, ramalan cuaca pada bulan ini sehingga bulan hadapan masih ada mengatakan keadaan mungkin bertambah buruk jika hujan sekali dengan ribut dan air pasang besar beberapa kawasan di pantai barat juga telah mula dinaiki air pada bulan ini sehinggah November ini.
Perkara sebergini jika berlaku kejadian banjir kilat tanpa sebarang amaran menyebabkan masyarakat terpaksa menanggung kerugian apabila tidak dapat menyelamatkan harta benda mereka kerana ianya terjadi dengan cepat dan pantas tampa amaran.
–GERBANGPOST