Banjir kilat ragut lebih 79 nyawa di Indonesia, Timor Timur

Banjir kilat ragut lebih 79 nyawa di Indonesia, Timor Timur

JAKARTA: Lebih 70 maut dan puluhan lagi masih hilang selepas banjir kilat dan tanah runtuh melanda Indonesia serta negara jiran Timor Timur, menurut pihak berkuasa semalam.

“Sejumlah 55 kematian dicatatkan namun jumlah tersbeut dijangka berubah memandangkan kira-kira 42 orang lagi masih hilang,” jurucakap agensi pengurusan bencana Indonesia Raditya Djati memberitahu badan penyiaran MetroTV.

Sekurang-kurangnya 16 maut di Timor Timur, menurut pegawai di negara kepulauan kecil itu yang terletak antara Indonesia dan Australia.

Banjir yang berpunca daripada hujan lebat itu menimbulkan kekecohan dan kemusnahan di beberapa pulau di sepanjang Flores di Indonesia ke Timor Timur, menyebabkan ribuan penduduk melarikan diri ke tempat perlindungan.

Banjir dan tanah runtuh yang menyusul menyebabkan beberapa empangan melimpah, menenggelamkan ribuan rumah dan menyebabkan para pekerja penyelamat sukar menghampiri mangsa yang terperangkap.

Kejadian tanah runtuh maut dan banjir kilat biasa berlaku di sekitar kepulauan Asia Tenggara ketika musim hujan.

— AFP

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )