BANTUAN PRIHATIN NASIONAL (BPN) Permohonan baharu secara dalam talian adalah dibuka sehingga 30 April 2020 -LHDN

BANTUAN PRIHATIN NASIONAL (BPN) Permohonan baharu secara dalam talian adalah dibuka sehingga 30 April 2020 -LHDN

KUALA LUMPUR, 1 April (Bernama) — Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan bahawa golongan B40 yang telah menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) dan golongan M40 yang telah mempunyai data cukai pendapatan dengan LHDNM tidak perlu membuat pendaftaran bagi permohonan Bantuan Prihatin Nasional (BPN). Ini kerana penerima BSH layak menerima BPN secara automatik manakala golongan M40 yang mempunyai data cukai pendapatan dengan LHDNM pula akan dinilai berdasarkan jumlah pendapatan dan kriteria lain yang telah ditetapkan oleh Kerajaan.

Semakan status penerimaan BPN boleh dilakukan secara dalam talian mulai 01 April 2020 dengan melayari portal rasmi LHDNM di https://www.hasil.gov.my atau https://bpn.hasil.gov.my. Sekiranya status semakan adalah ‘tiada rekod’, orang ramai boleh membuat permohonan baharu dengan klik butang ‘Permohonan Baru’. Permohonan baharu secara dalam talian adalah dibuka sehingga 30 April 2020.

Orang ramai hanya perlu mengikuti langkah mudah seperti berikut untuk semakan penerimaan BPN:
i. Masukkan Nombor Kad Pengenalan (No I/C);
ii. Masukkan kod captcha yang diberikan; dan
iii. Keputusan akan dipaparkan.

Orang ramai diingatkan bahawa tiada permohonan secara manual menggunakan borang setakat ini memandangkan semua premis LHDNM ditutup sementara sehingga tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat.

Sementara itu, bagi permohonan yang tidak berjaya, rayuan boleh dikemukakan secara dalam talian dengan melayari portal rasmi LHDNM di https://www.hasil.gov.my atau https://bpn.hasil.gov.my bermula 03 April 2020.

Memandangkan trafik capaian ke portal-portal rasmi yang dinyatakan di atas adalah amat tinggi buat masa ini, orang ramai mungkin menghadapi kesukaran untuk membuat semakan. Orang ramai dinasihatkan untuk membuat semakan di luar waktu puncak. Segala kesulitan yang timbul amatlah dikesali. Untuk rekod, bayaran BPN akan dilakukan secara berperingkat pada bulan April dan Mei 2020.

Sebagai memberikan kemudahan kepada pelanggan, sebarang pertanyaan dan maklum balas berkaitan perkara di atas juga boleh dimajukan kepada LHDNM melalui:

a) HASiL Live Chat;
b) Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM di pautan pantas
https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/; dan
c) Media Sosial Rasmi LHDNM iaitu:
Facebook – https://www.facebook.com/LHDNM
Twitter – https://twitter.com/LHDNMofficial

Dikeluarkan Oleh:
Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

Tarikh: 01 April 2020

Sumber: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Tel: 03-8313 8888 samb. 21658/21666/21965/21674/21663
Faks: 03-8313 7873
Hasil Care Line: 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (luar negara)
Portal Rasmi: www.hasil.gov.my

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )