Banyak syarikat gagal akses sistem permohonan dalam talian MITI

Banyak syarikat gagal akses sistem permohonan dalam talian MITI

KUALA LUMPUR, 13 April — Banyak syarikat dalam sektor tambahan yang mahu beroperasi pada fasa ketiga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kecewa kerana mereka masih tidak dapat mengakses sistem aplikasi operasi perniagaan walaupun selepas 4 petang hari ini.

Permohonan itu telah dibuka mulai Isnin, dari jam 9 pagi. Semua permohonan mesti dibuat secara dalam talian menerusi laman web Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) di www.miti.gov.my. Hanya aplikasi lengkap dan memenuhi syarat yang ditetapkan akan diproses.

Banyak perniagaan menyuarakan kekecewaan mereka pada platform media sosial Twitter atas ketiadaan perkhidmatan aplikasi dalam talian itu walaupun MITI memberi jaminan bahawa ia boleh diakses selepas pukul 4 petang.

@ charleslee825 dan @Tijijen menggambarkan masalahnya dengan kapsyen “dissapointed” (kecewa), @Durgasenid, manakala @rusdiAB berkata “Still system down” (sistem masih tidak beroperasi), dengan mengutarakannya kepada twitter rasmi MITI, @MITIMalaysia dan beberapa tweeter berkaitan mengenai isu itu.

@zuraizul menulis: Block reason: Access from your Country was disabled by the administrator but why??? i guess that’s all for today” (Sebab disekat: Akses dari negara anda telah disekat oleh pihak pentadbir tapi kenapa??? Saya agak itu aje yang boleh dilakukan hari ini).

Syarikat-syarikat berpendapat bahawa MITI tidak melakukan persediaan secukupnya untuk trafik penggunaan twitter yang tinggi di laman webnya kerana permohonan dalam talian untuk penyambungan operasi perniagaan.

Terdahulu hari ini, MITI menggantung sistem aplikasi operasi perniagaan dari pukul 2 petang hingga 4 petang untuk menyelesaikan masalah trafik dalam talian yang tinggi tersebut.

MITI dalam satu kenyataan berkata bahawa trafik dalam talian portal kementerian itu meningkat kepada 176,000 pengguna dalam tempoh dua jam pertama, sejak sistem aplikasi dalam talian membenarkan perniagaan memohon kelulusan beroperasi semasa PKP, dilancarkan pada pukul 9 pagi ini.

“Oleh itu, MITI akan menyusun semula sistem aplikasi dalam talian untuk memastikan bahawa hanya syarikat dalam sektor yang dibenarkan untuk beroperasi, akan dapat mengakses sistem itu,” katanya.

Mengikut kenyataan itu, sistem itu mungkin kembali aktif dalam talian pada pukul 4 petang dan syarikat boleh mengemukakan permohonan mereka di https://application.miti.gov.my.

Sementara itu MITI dalam kenyataan terbaharunya memaparkan kerja-kerja konfigurasi sistem yang masih berjalan.

Sementara itu MITI dalam kenyataan terbaharunya memaklumkan kerja-kerja konfigurasi sistem tersebut masih berjalan.

“Pasukan teknikal yang turut dibantu pakar industri daripada sektor swasta telah bergabung tenaga untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan secepat mungkin dan sistem dijangka akan kembali beroperasi pada pukul 6.00 petang.

“Sistem ini akan beroperasi 24 jam selepas isu-isu itu dapat diselesaikan. MITI komited dalam menyelesaikan masalah teknikal ini dan menghargai kesabaran pihak industri,” katanya.

— BERNAMA

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )