Barca mula Mula Menjalani Latihan

Barca mula Mula Menjalani Latihan

MADRID,. Barcelona kembali berlatih awal pagi tadi selepas juara La Liga itu membenarkan bintang mereka memasuki kemudahan disediakan seterusnya memulakan kembali bola sepak di Sepanyol.

Lionel Messi dan rakan-rakan menyertai sesi latihan individu di pusat latihan Joan Gamper apabila pemain tiba secara sendirian bersama kelengkapan masing-masing dan berlatih di tiga padang tanpa pergi ke bilik persalinan.

Selain melakukan rutin biasa, mereka juga diuji untuk melihat kesan kuarantin dua bulan akibat COVID-19 terhadap badan mereka.

“Akhirnya kami kembali ke normal. Kami harap boleh meneruskannya dan tidak lama lagi kami boleh menikmati kembali apa yang kami sangat suka lakukan,” kata Arturo Vidal kepada akhbar harian, Marca.

Sevilla, Villarreal, Osasuna dan Leganes juga kembali berlatih manakala Real Madrid – yang berada dua mata di belakang pendahulu, Barca apabila liga terhenti pada pertengahan Mac – dijangka akan bermula Isnin jika pemain mereka melepasi ujian dibuat Rabu lalu.

Ia menandakan hampir dua bulan sejak Real diletakkan dalam kuarantin berikutan ujian positif terhadap pemain bola keranjang mereka.

Menurut akhbar Sepanyol, tiada pemain Real mengalami simpton virus berkenaan namun Zinedine Zidane perlu meneruskannya tanpa penyerang Serbia, Luka Jovic selepas Real mengumumkan semalam bahawa pemain itu retak pada tumit kanannya. – AFP

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)