Barcelona beri diskaun jual Coutinho

Barcelona beri diskaun jual Coutinho

LONDON,. Arsenal dan Chelsea akan diberikan peluang untuk menandatangani bintang Barcelona yang agak merudum, Philippe Coutinho musim panas ini.

Pemain tengah Brazil itu kini dipinjamkan ke Bayern Munich tetapi kelab itu mengambil keputusan tidak mahu mendapatkannya secara kekal.

Bintang berusia 27 tahun itu hanya tampil secara sederhana di Jerman manakala pengurusan tertinggi di Nou Camp tidak mahu lagi membawanya pulang ke Sepanyol.

Bekas hero Liverpool itu kini mencari tempat lain di Eropah dengan dua kelab London dan Manchester United antara kelab yang pernah berminat dengannya sebelum ini.

Barcelona bergelut untuk mencari pembeli sesuai buat Coutinho, ketika mereka mahu mendapatkan kembali sebahagian £142 juta pound (RM775.29 juta) ketika membelinya dari Reds pada 2018.

SunSports melaporkan bekas bintang Inter Milan itu masih boleh dipinjamkan untuk semusim lagi atau perjanjian sekitar £75 juta pound (RM409 juta) untuk membelinya.

Kelab yang berminat termasuk Manchester City, juga hanya perlu membayar separuh daripada gajinya iaitu £290,000 pound (RM1.58 juta) seminggu.

Skuad kendalian Quique Setien mahu terus menjualnya tetapi mungkin sukar mendapatkan pembeli disebabkan ketidaktentuan dalam pasaran pemain ketika ini. – Agensi

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )