
Barisan Nasional Tekad Mahu Menang 2/3 Dalam Pilihanraya Negeri Melaka
Kuala Lumpur – Bertempat di PWTC malam ini telah dilancarkan majlis Pelancaran Jentera Barisan Nasional (BN) Pilihanraya Negeri (PRN) Melaka yang sepatutnya dibuat di bumi Melaka namun demi menghormati arahan kerajaan yang diumumkan oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin baru-baru ini yang melarang diadakan apa saja bentuk perhimpunan politik berkaitan kempen pilihanraya.
Turut hadir dalam majlis pelancaran ini adalah rakan-rakan parti komponen gabungan BN seperti MIC, MCA, PBS dan rakan komponen BN lain yang turut berjanji akan memberi sokongan padu jentera dalam PRN Melaka nanti.
Pengerusi BN Melaka, Datuk Sri Ab Raof Yusof yang juga merupakan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Melaka dalam ucapan aluan menceritakan sedikit latarbelakang kronologi insiden “Tragedi Oktober Melaka” bagaimana kejatuhan kerajaan Melaka hingga membawa kepada berlakunya pilihanraya negeri.
Manakala Datuk Seri Mohamad Hassan, Timbalan Pengerusi BN yang juga merangkap Pengarah Pilihanraya Negeri Melaka menegaskan agar jentera luar yang turun nanti fokus bertugas di PDM kerana PDM itulah nanti yang menentukan kemenangan BN.
“berhubung dengan seramai mana pengundi dengan memberikan penjelasan kenapa rakyat Melaka perlu memilih BN dalam PRN kali ini” jelas Datuk Seri Mohamad Hassan.
Penutup majlis pelancaran jentera ini dirasmikan oleh Pengerusi BN, Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga merupakan Presiden UMNO menyampaikan amanat kepada seluruh kepimpinan dan akar umbi BN yang hadir agar bersiapsiaga untuk berperang di Melaka nanti.
“jika BN berjaya memenangi 2/3 dewan undangan negeri kita akan pinda beberapa Perlembagaan dan undang-undang negeri Melaka demi kebaikan rakyat Melaka” janji Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Presiden Barisan Nasional Pusat.
“kita tidak akan bekerjasama dengan pihak PBPM kerana ini bukan suara Presiden tapi suara akar umbi parti” – Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid
– Joy Reyzal