BATC ramal tarik satu juta penonton sehari

BATC ramal tarik satu juta penonton sehari

PETALING JAYA,. Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2022 yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Setia City di Shah Alam bermula hari ini dijangka akan menarik kira-kira satu juta penonton dari 20 buah negara setiap hari.

Pengerusi Jawatankuasa Pengelola kejohanan Mohd Khairuddin Othman berkata penonton dari seluruh Asia dan dunia diharapkan akan dapat mempromosikan Selangor daripada pelbagai aspek termasuk aktiviti sukan dan pelancongan.

“Ia akan dapat membantu mempercepatkan peningkatan ekonomi, kelebihan menerusi penggunaan faksiliti, hotel untuk penginapan, tarikan pelancongan, penjual makanan dan minuman, penjualan barangan dan perniagaan di Selangor.

“Kejohanan itu akan dapat menarik orang ramai yang dijangkakan, peminat badminton, peminat sukan, pelancong tempatan dan antarabangsa dan orang ramai disepanjang kejohanan itu,” katanya dalam ucapan pembukaan pada majlis makan malam rasmi BATC di sini malam tadi.

Mohd Khairuddin yang juga Pengerusi Belia, Sukan dan Pembangunan Modal Insan negeri berkata BATC dapat membantu dalam pembangunan sukan dan kepakaran penganjuran kepada belia dan agensi sukan di negeri itu untuk menjadi sebahagian daripada penganjur acara antarabangsa.

Beliau berkata 200 tiket percuma yang disediakan untuk hari pertama hari ini, telah ditempah dalam tempoh enam minit, apabila tempahan secara dalam talian mula dibuka semalam.

Kira-kira 140 pemain daripada lapan negara iaitu Jepun, Korea Selatan, Indonesia, India, Hong Kong, Singapura, Kazakhstan and tuan rumah Malaysia akan menyertai BATC yang juga menjadi sesi kelayakan Asia untuk Piala Thomas dan Uber yang akan berlangsung di Bangkok Thailand, pada Mei.

Turut hadir pada majlis itu Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari, Timbalan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk V. Subramaniam, pemain dan juga pegawai pasukan.

Pasukan wanita Malaysia akan bertemu India pada perlawanan Kumpulan Y, pada 4 petang ini.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)