Beberapa penumpang SIA cedera perlu jalani pembedahan tulang belakang

Beberapa penumpang SIA cedera perlu jalani pembedahan tulang belakang

BANGKOK: Beberapa penumpang penerbangan Singapore Airlines yang cedera parah selepas pesawat itu mengalami gelora udara dan terpaksa melakukan pendaratan kecemasan di Bangkok pada petang Selasa memerlukan pembedahan tulang belakang.

Malah, Pengarah Hospital Samitivej Srinakarin, Dr Adinun Kittiratanapaibool berkata masih terlalu awal untuk menyatakan sama ada pesakit akan lumpuh kekal. “Kita akan terus memantau tindak balas rawatan iaitu selepas pembedahan fungsi otot pulih atau tidak.

“Mungkin terlalu awal untuk menyatakan berapa lama mereka perlu berada di sini. Para kami akan memantau mereka setiap hari. Bagi mereka yang boleh discaj, kami akan membenarkan mereka keluar serta-merta. Kami telah menghantar salah seorang daripada mereka pulang ke rumah,” katanya.

Pesawat membawa 211 penumpang dan 18 kru itu sedang dalam penerbangan dari London ke Singapura apabila ia mengalami gelora udara yang ekstrem di atas Lembangan Irrawaddy pada ketinggian 11,277.6 meter, kira-kira 10 jam selepas berlepas.

Juruterbang mengisytiharkan kecemasan perubatan dan melencongkan pesawat Boeing 777-300ER ke Bangkok dan mendarat pada pukul 3.45 petang waktu tempatan, pada Selasa. Seorang penumpang maut dan ramai tercedera dalam insiden itu.

Pengarah Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi Kittipong Kittikachorn berkata pada Selasa mangsa yang maut itu adalah seorang lelaki warga British berusia 73 tahun.

-Agensi

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)