
Bekalan Air Sesetengah Peringkat Telah Mula Mendapatkan Bekalan .
SHAH ALAM,. Pengurusan air selangor mengatakan segala kerja – kerja yang dilajankan adalanh mengikut jadual Status pemulihan bekalan air di kawasan terlibat dan kerja penyenggaraan penggantian aset di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1) mencapai 27.1 peratus setakat 12 tengah hari tadi.
Menurut agensi itu, bekalan air di wilayah terjejas dalam kategori Kumpulan 1 melibatkan beberapa kawasan di Petaling, Gombak, Klang dan Kuala Lumpur pulih sepenuhnya jam 12 tengah hari tadi.
Para pengguna dijangka akan menerima bekalan air secara berperingkat-peringkat setelah kerja-kerja penyelenggaraan dan penggantian aset siap, dan seterusnya apabila sistem agihan utama bekalan air telah distabilkan.
“Manakala bagi kategori kumpulan 2 membabitkan sebahagian kawasan di wilayah Petaling, Gombak, Klang, Shah Alam, Kuala Selangor, Kuala Lumpur dan Hulu Selangor dijangka pulih sepenuhnya 3 pagi esok.
“Bagi Kumpulan 3 melibatkan beberapa kawasan di wilayah Petaling, Gombak, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Kuala Lumpur dan Klang dijangka pulih sepenuhnya jam 12 tengah hari esok,” katanya di Facebook.
Air Selangor menyarankan pengguna yang telah dan akan mendapat bekalan air untuk membiarkan pili air mengalir sehingga jernih sebelum digunakan untuk kegunaan harian.
Selain itu pengguna yang telah mendapat bekalan air diharap menggunakan air secara berhemat bagi memastikan proses pemulihan di kawasan yang masih terjejas berjalan lancar.
Untuk info lanjut berhubung gangguan bekalan air berjadual di kawasan-kawasan terjejas, layari waterupdates.airselangor.com. Para pengguna juga boleh mendapatkan maklumat daripada aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan X atau hubungi Air Selangor di talian 15300 atau layari airselangor.com.
–GERBANGPOST