Bekalan Makanan berada di tahap yang stabil dan mencukupi – YB Dr. Ronald Kiandee

(8 April 2020 ) – Perutusan YB Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee -Menteri MOA

 

KENYATAAN MEDIA TERDAHULU

PEMAKLUMAN PENGOPERASIAN PASAR SEGAR TERKAWAL (PST) DI SELURUH MALAYSIA

1. Bagi memastikan kelangsungan bekalan dan mempercekapkan pengedaran bekalan makanan negara, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan akan melaksanakan konsep jualan dan pengedaran di outlet peruncitan terpilih secara berperingkat bermula 1 April sehingga 14 April 2020.

2. FAMA diperuntukkan untuk membuka 63 lokasi outlet di seluruh Negara iaitu 10 Pasar Tani Terpilih, 33 Pasar Tani Kekal, 17 Pusat Operasi FAMA dan 3 MyFarm Outlet. Manakala Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) turut menyediakan 34 Kompleks Pertubuhan Peladang Kawasan (KPPK) untuk tujuan yang sama. Keseluruhan 97 lokasi ini akan melibatkan jualan barangan segar seperti sayursayuran, buah-buahan, ayam, ikan, daging, barangan runcit dan barangan asas tani. Kesemua outlet ini akan dijenamakan semula sebagai “Pasar Segar Terkawal” (PST).

3. Untuk fasa pertama pelaksanaan PST, sebanyak 37 outlet FAMA di seluruh Malaysia telah beroperasi sejak semalam iaitu 17 buah Pusat Operasi FAMA, 17 buah Pasar Tani Kekal dan 3 buah MyFarm Outlet. 17 buah Kompleks Pertubuhan Peladang Kawasan (KPPK) yang diselia oleh LPP turut beroperasi yang melibatkan jumlah keseluruhan beroperasi sebanyak 54 buah.

4. Untuk fasa kedua, sebanyak 10 Pasar Tani Terpilih dan 16 Pasar Tani Kekal akan beroperasi. Pasar Tani Terpilih akan beroperasi sebanyak 2 kali seminggu ( Rujuk Lampiran) dari jam 8.00 atau 8.30 pagi hingga 11.00 pagi atau 12.00 tengah hari. Pasar Tani Kekal, MyFarm Outlet dan Pusat Operasi FAMA akan dibuka seawal 8.00 atau 8.30 pagi hingga 12.00 tengahari atau 4.00 petang setiap hari.

5. FAMA memfokuskan pengedaran bekalan makanan yang berkesan di sepanjang tempoh PKP ini dengan memperkemaskan lagi konsep jualan secara online melalui portal Agrobazaar Online dan offlline melalui rangkaian outlet-outlet pemasaran terpilih.

6. Para pelanggan digalakkan untuk melayari portal Agrobazaar Online (www.agrobazaar.com.my) untuk membuat pesanan awal atau WhatsApp secara pra pesanan dan membuat bayaran terus secara online bagi memudahkan urusan pengambilan di pick-up point dan urusan pandu lalu (drive-thru) di outlet-outlet pemasaran terpilih. Hal ini bagi menjaga social distance yang dinasihatkan oleh pihak
Kementerian Kesihatan Malaysia bagi mencegah penularan wabak COVID 19.

7. Dalam pematuhan pencegahan wabak COVID 19 di 97 lokasi ini, jarak sosial di antara gerai-gerai yang berniaga akan dilakukan sementara pintu masuk dan keluar akan dikawalselia oleh pihak berkuasa.

8. Para pengguna juga dinasihatkan untuk membuat bayaran secara online dan tanpa tunai samada melalui pembayaran QR Pay dan E-wallet supaya dapat membendung penularan wabak COVID 19 melalui wang kertas.

9. Setiap outlet pemasaran FAMA ditetapkan untuk mengikuti Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan bagi pengunjung yang ingin mendapatkan bekalan makanan semasa tempoh PKP ini.

Antara SOP yang ditetapkan adalah:-
i. Kenderaan masuk ke kawasan parking yang telah ditetapkan
ii. Pengunjung beratur dengan jarak 1 meter
iii. Pengunjung melepasi saringan suhu
iv. Mengunakan pembasmi kuman yang disediakan
v. Masa dibenarkan selama 10 – 20 minit sahaja.
vi. Pengunjung diminta membasmi kuman sebelum keluar

10.Bagi pengguna yang membuat pembelian secara pandu lalu (Drive-Thru) di outlet ini, terdapat SOP yang perlu dipatuhi oleh pengunjung iaitu:
i. Kenderaan memasuki kawasan perniagaan;
ii. Borang tempahan akan diserahkan kepada pengguna;
iii. Pengguna menyerahkan borang tempahan kepada petugas;
iv. Pengguna menunggu dikawasan yang disediakan;
v. Petugas akan menghubungi pengguna bagi pengambilan;
vi. Bayaran terus dibuat semasa serahan barangan dibuat.

11.Bagi pengguna yang membuat pra pesanan (pre order) melalui portal Agrobazaar
Online atau media sosial, SOP yang perlu dipatuhi oleh pengguna adalah:-
i. Pesanan akan dibuat melalui platform media sosial
ii. Pesanan akan dibuka dari pukul 8.00 pagi hingga 4.00 petang
iii. Penghantaran akan dibuat pada hari berikutnya melalui :
iv. dropship
v. self pick up
vi. Bayaran akan dibuat di atas talian atau COD

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )