Bekas ADUN Permas keluar Bersatu, sertai Amanah

Bekas ADUN Permas keluar Bersatu, sertai Amanah

JOHOR BAHRU,. Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permas daripada Bersatu Datuk Che Zakaria Mohd Salleh hari ini mengumumkan keluar parti itu dan menyertai Parti Amanah Negara (Amanah), mulai hari ini.
Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, beliau berkata keputusan itu diambil tanpa paksaan sesiapa serta dibuat secara teliti dan setelah mengkaji selama lima bulan parti yang mahu disertainya.

“Bila saya lihat Parti Amanah ini parti yang tiada birokrasi dan tiada masalah daripada segi pemimpin, jadi itu sebab saya memilih Amanah untuk saya bantu dalam pilihan raya akan datang,” kata beliau kepada pemberita selepas Konvensyen Amanah Johor 2022 di sini hari ini.

Sementara itu, Timbalan Presiden Amanah Datuk Seri Salahuddin Ayub yang menerima borang pendaftaran daripada Che Zakaria berkata parti itu menyambut baik keputusan individu berkenaan menyertai parti itu yang bukan untuk kerusi dan bertanding tetapi sebagai wadah baharu perjuangan.
“Amanah negeri akan fikirkan peranan yang akan dibawa oleh Che Zakaria dan kita terima kemasukan dengan senang hati,” katanya.

Che Zakaria memenangi kerusi N43 itu dalam pertandingan empat penjuru pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14, sekali gus menewaskan penyandang kerusi berkenaan yang juga bekas Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)