Bekas Pengarah Agensi Kerajaan Sabah Ditahan Bantu Siasatan Kes Rasuah

Bekas Pengarah Agensi Kerajaan Sabah Ditahan Bantu Siasatan Kes Rasuah

KOTA KINABALU: Seorang bekas pengarah agensi kerajaan di Sabah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam, berhubung dakwaan meminta dan menerima suapan berjumlah lebih RM110,000.

Lelaki berusia 50-an itu ditahan sekitar pukul 2.30 petang selepas hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Kota Kinabalu.

Menurut sumber, lelaki tersebut didakwa meminta rasuah daripada beberapa syarikat yang mendapat kontrak pembekalan dengan jabatan tempat beliau bertugas pada tahun lalu.

“Siasatan awal menunjukkan suspek meminta suapan pada awal tahun lepas, selain turut menerima barangan seperti mesin basuh, komputer riba, telefon pintar, tablet, gitar elektrik, peralatan gim, aksesori kereta, serta pembayaran untuk pembelian motosikal,” kata sumber tersebut.

Pengarah SPRM Sabah, Datuk S. Karunanithy, mengesahkan penahanan tersebut dan berkata bahawa kes ini disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Beliau juga menambah, suspek akan dibebaskan dengan jaminan SPRM setelah keterangan diambil dan semua barangan yang terlibat dalam kes ini telah disita oleh pihak berkuasa.

gerbangpsot.com

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )