Belanjawan 2020 beri penekanan kepada golongan muda

Belanjawan 2020 beri penekanan kepada golongan muda

KOTA BHARU,. Belanjawan 2020 yang diumumkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng semalam memberi perhatian kepada keperluan golongan muda di negara ini.

Presiden Pertubuhan Suara Anak Muda Kelantan Darul Naim (Suara Kelantan) Isham Sharuddin berkata belanjawan kali ini harus dipuji berikutan kerajaan memberikan penekanan terhadap keperluan golongan muda yang menjadi sebahagian penggerak pembangunan negara.

“Ia dapat dilihat melalui peruntukan bagi memperkasakan sektor Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).

“Begitu juga dengan tambahan peruntukan diberikan bagi memperkuat institusi di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA),” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Dalam belanjawan itu, kerajaan memperuntukkan RM5.9 bilion bagi program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).

Isham berkata peruntukan bagi menambah baik sekolah luar bandar juga merupakan salah satu keperluan untuk golongan muda bagi mendapatkan pendidikan dalam suasana yang selesa.

“Begitu juga, keprihatinan terhadap golongan Kurang Upaya (OKU) dengan memperkenalkan peruntukan mesra OKU di sekolah.

“Pastinya golongan muda akan menerima impak secara langsung daripada belanjawan kali ini,” katanya.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )