Berjasa yang berimej baharu mahu calon muda bertanding pada PRU15

Berjasa yang berimej baharu mahu calon muda bertanding pada PRU15

PUCHONG,. Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) berhasrat meletakkan 80 peratus calon-calon muda untuk bertanding pada Pilihara Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang.

Presidennya Badrulhisham Abdul Aziz berkata apa yang penting adalah mereka perlu berpegang kepada prinsip parti iaitu Watan, Hikmah dan Wibawa atau Berintegriti untuk menjadi calon, tidak semestinya khas bagi individu yang terlibat aktif dalam parti atau berjawatan dalam parti.

“Alhamdulillah, setakat ini, Berjasa mempunyai calon anak muda yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan profesion,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan wajah baharu Berjasa dan pelepasan konvoi ke Putrajaya di Ibu Pejabat Berjasa di Business Park D’Alpinia di sini, hari ini.

Berjasa yang ditubuhkan pada 1977 kini tampil berwajah baharu dengan warna baharu iaitu Ungu-Magenta menggantikan warna hijau sebagai langkah menonjolkan identiti unik dan tersendiri dalam arena politik.

Berjasa, PAS, dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) merupakan anggota Gagasan Sejahtera yang diwujudkan pada tahun 2016.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)