BERSATU Terengganu sokong pelantikan Muhyiddin

BERSATU Terengganu sokong pelantikan Muhyiddin

KUALA TERENGGANU,. Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) negeri menyokong penuh pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Kelapan.

Ketua Badan Pimpinan BERSATU negeri, Datuk Razali Idris turut menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah kerana dapat menyelesaikan kemelut politik yang berlarutan sejak Ahad lalu.

Jelasnya, BERSATU negeri akan terus memberi sokongan kepada Muhyiddin sebagai Perdana Menteri kelapan.

“Seluruh kepimpinan BERSATU negeri juga merakamkan ucapan terima kasih kepada Tun Dr Mahathir Mohamad kerana berjaya melaksanakan tugas sejak dilantik sebagai Perdana Menteri Ketujuh.

“BERSATU negeri berharap agar Tun terus terus mengekalkan jawatan sebagai Pengerusi BERSATU, manakala Muhyiddin sebagai Presiden parti, ” katanya ketika dihubungi.

Razali berkata, BERSATU negeri akan terus memberi sokongan padu kepada kepimpinan Muhyiddin dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab.

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)