Biden dahului pesaing lain dari Demokrat bagi pencalonan rebut jawatan presiden – tinjauan pendapat

Biden dahului pesaing lain dari Demokrat bagi pencalonan rebut jawatan presiden – tinjauan pendapat

WASHINGTON,. Bekas Naib Presiden Amerika Syarikat Joe Biden terus mendahului pesaingnya dalam pencalonan Demokrat bagi merebut jawatan presiden, lapor agensi berita Turki Anadolu memetik survei pada Rabu.

Tinjauan pendapat pada November oleh CNN mendapati Biden mengekalkan sokongan sebanyak 28 peratus dalam kalangan anggota Parti Demokrat dan yang cenderung ke arah Demokrat Bebas yang mendaftar untuk mengundi.

Biden diikuti oleh Senator Vermont Bernie Sanders yang meraih 17 peratus sokongan, Senator Massachusetts Elizabeth Warren (14 peratus) dan Datuk Bandar South Bend Indiana Pete Buttigieg (11 peratus).

Apabila dibandingkan dengan tinjauan pendapat nasional pada Oktober, sokongan terhadap Biden merosot dari 34 peratus kepada 28 peratus manakala sokongan kepada Sanders meningkat satu peratus dan Warren berkurangan dari 19 peratus kepada 14 peratus.

Tinjauan pendapat itu mendapati terdapat peningkatan sebanyak enam peratus dalam sokongan kepada Buttigieg.

Anggota Demokrat bersaing untuk menjadi calon parti itu dan bertanding merebut jawatan presiden dalam pemilihan yang bakal berlangsung pada November 2020 dengan 18 calon lain untuk mencabar Presiden Donald Trump dari Parti Republikan.

Survei itu dijalankan pada 21 hingga 24 Nov dan membabitkan 1,007 orang dewasa.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )