Biden terima suntikan vaksin penggalak

WASHINGTON,. Presiden Joe Biden pada Isnin menerima suntikan dos penggalak vaksin COVID-19 di Rumah Putih.

“Penggalak adalah penting, tetapi paling penting untuk kita lakukan adalah memastikan lebih ramai orang diberi vaksin,” kata Biden sebelum menerima suntikan.

Kira-kira 23 peratus penduduk Amerika yang layak belum mendapat suntikan vaksin COVID-19, kata presiden.

Sementara itu hampir 20 juta rakyat Amerika layak mendapat suntikan ketiga vaksin Pfizer, lapor Xinhua, memetik CNN.

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat minggu lalu mengesyorkan dos penggalak Pfizer untuk warga emas, penghuni pusat penjagaan, golongan yang menghidap penyakit dan dewasa yang berisiko dijangkiti COVID-19 kerana pekerjaan mereka.

— Bernama

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )