Bursa dibuka lebih tinggi

Bursa dibuka lebih tinggi

KUALA LUMPUR,. Bursa Malaysia dibuka rendah tetapi kemudiannya meningkat semula berikutan aktiviti belian saham pada harga rendah bermula pagi ini dalam persekitaran sentimen yang lebih baik, kata peniaga.

Pada 9.15 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 5.56 mata kepada 1,557.07 daripada 1,551.51 semalam selepas dibuka rendah 1.09 mata kepada 1,550.42.

Suasana pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 284 berbanding 125 manakala 237 kaunter tidak berubah, 1,572 tidak diniagakan dan 24 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 258.99 juta unit bernilai RM159.02 juta.

Malacca Securities Sdn Bhd berkat,a bursa tempatan dijangka cuba membina kenaikan semalam, memanfaatkan langkah pemulihan yang disokong oleh data mengenai jualan runcit yang kukuh pada Disember 2021.

“Kami berpendapat saham berharga rendah akan menyaksikan lanjutan belian secara bergilir-gilir berikutan sentimen pasaran yang positif,” katanya dalam nota penyelidikan.

Jabatan Perangkaan Malaysia melaporkan bahawa jualan perdagangan borong dan runcit Malaysia mencatatkan nilai jualan bulanan tertinggi berjumlah RM120.5 bilion pada Disember, dengan jualan tahunan mencecah RM1.3 trilion pada 2021 dengan pertumbuhan sebanyak empat peratus.

Sementara itu, saham wajaran tinggi Maybank naik dua sen kepada RM8.52, Maxis menambah sembilan sen kepada RM4.42, Petronas Chemicals meningkat satu sen kepada RM9.09, KL Kepong naik 56 sen kepada RM22.62 manakala Public Bank merosot satu sen kepada RM4.29.

Bagi saham aktif, MMAG naik setengah sen kepada 8.5 sen, Sedania

meningkat satu sen kepada 51.5 sen dan SMTrack tidak berubah pada 18.5 sen.

Di papan indeks, FBM ACE meningkat 63.87 mata kepada 6,371.58, FBM 70 naik 54.05 mata kepada 13,759.04, Indeks FBM Emas menambah 40.19 mata kepada 11,198.27, Indeks FBMT 100 naik 39.73 mata kepada 10,878.51 dan Indeks FBM Emas Shariah meningkat 56.05 mata kepada 11,904.36.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 32.86 mata kepada 16,145.59, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan meningkat satu mata kepada 208.84 dan Indeks Perladangan melonjak 92.86 mata kepada 6,776.44.

–BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)