Bursa dibuka lebih tinggi pada pagi

Bursa dibuka lebih tinggi pada pagi

KUALA LUMPUR,. Bursa Malaysia dibuka tinggi pada pagi urus niaga hari Rabu, dirangsang oleh sentimen pasaran yang positif apabila pelabur mengambil petunjuk daripada pasaran ekuiti global.

Pada jam 9.09 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 8.38 mata pada 1,594.19 daripada 1,585.81 pada penutup Selasa.

Indeks barometer itu dibuka pada 1,588.78, meningkat 2.97 mata.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mendahului kaunter rugi 279 berbalas 103, manakala 213 kaunter tidak berubah, 1,708 tidak diniagakan dan 13 yang lain digantung.

Jumlah dagangan mencatatkan sebanyak 278.91 juta bernilai RM141.4 juta.

Menurut Public Investment Bank Bhd, bursa tempatan akan mengambil petunjuk daripada peningkatan saham Wall Street pada hari Selasa dan harga bon kerajaan AS yang jatuh kerana pelabur menjangkakan pelaksanaan dasar monetari yang lebih ketat daripada Rizab Persekutuan AS.

Di peringkat serantau, pasaran ekuiti berada pada trajektori positif, dengan Nikkei Jepun meningkat 1.90 peratus kepada 27,741.98, Hang Seng Hong Kong naik 3.15 peratus kepada 21,889.28, Kospi Korea menambah 0.9 peratus kepada 2,734.35, manakala Indeks Strait Singapura pula susut 0.16 peratus kepada 3,350.17.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng pula berkata, disebabkan dagangan yang tidak menentu semalam, indeks utama diramalkan bergerak di sekitar julat 1,580-1,595 hari ini.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank dan IHH naik lima sen setiap satu kepada RM8.88 dan RM6.56, dan PBBank, PChem dan CIMB, masing-masing menambah empat sen kepada RM4.66, RM9.62 dan RM5.34.

Bagi saham aktif, CSH meraih dua sen pada 18 sen, TWL menokok setengah sen menjadi enam sen, ATAIms meningkat tiga sen kepada 43 sen dan AT tidak berubah pada dua sen.

Di papan indeks, FBM 70 meningkat 85.65 mata kepada 13,622.74 dan FBM ACE memperoleh 66.68 mata kepada 5,502.09.

Indeks FBM Emas pula melonjak 57.0 mata kepada 11,359.28, Indeks FBM Emas Shariah meningkat 49.84 mata kepada 11,964.0, dan Indeks FBMT 100 naik 60.77 mata kepada 11,059.1.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menambah 1.36 mata kepada 203.17, Indeks Perladangan berkurangan 17.54 mata kepada 8,035.79, dan Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 116.62 mata kepada 16,702.60.

–BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )