Bursa dibuka rendah pada awal dagangan

Bursa dibuka rendah pada awal dagangan

KUALA LUMPUR,. Bursa Malaysia dibuka rendah pagi ini dengan aktiviti jualan dilihat terus menguasai indeks utama di tengah-tengah prestasi semalaman Wall Street yang bercampur-campur, kata seorang peniaga.

Pada 9.13 pagi, FTSE Bursa Malaysia KCI (FBM KLCI) turun 2.90 mata kepada 1,443.17 berbanding penutupan Rabu pada 1,446.07.

Indeks utama agak lemah pada sesi pembukaan, susut 1.73 mata pada 1,444.34.

Pergerakan harga di pasaran menyaksikan kaunter rugi mendahului untung 220 berbalas 132, manakala 285 kaunter tidak berubah, 1,731 tidak diniagakan dan 63 yang lain digantung.

Jumlah dagangan 283.68 juta unit bernilai RM144.92 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade, Thong Pak Leng, berkata walaupun peniaga kekal optimistik mengenai ekuiti AS ketika pasaran menghampiri bulan terakhir 2023, Purata Perindustrian Dow Jones memperoleh 13 mata dan Nasdaq susut 23 mata dengan hasil Perbendaharaan 10 tahun Amerika Syarikat (AS) turun kepada 4.25 peratus.

Di Hong Kong, Indeks Hang Seng merosot 361 mata kepada bawah paras 17,000 apabila keyakinan pelabur terjejas oleh penurunan jualan syarikat teknologi utama.

Sementara di pasaran tempatan, indeks utama dijangka berlegar dalam julat 1,445 hingga 1,455 hari ini.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank turun 1.0 sen kepada RM9.03, Public Bank meningkat 1.0 sen kepada RM4.24, CIMB Group lemah 2.0 sen menjadi RM5.62, Tenaga Nasional rendah 4.0 sen untuk mencatatkan harga RM9.84, Petronas Chemicals menguncup 7.0 sen pada RM7.01 dan IHH Healthcare merosot 2.0 sen menjadi RM5.81.

Bagi saham paling aktif, Top Glove susut setengah sen kepada 85.5 sen, Velesto dan Sarawak Consolidated Ind masing-masing menokok 1.5 sen kepada 23.5 sen dan 75 sen manakala Hong Seng dan PDZ, kedua-duanya tidak berubah pada harga 2.5 sen dan 4.0 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas menguncup 24.73 mata pada 10,674.72, Indeks FBMT 100 turun 24.34 mata kepada 10,341.54, manakala Indeks FBM Emas Syariah susut 28.63 mata kepada 10,831.12.

Indeks FBM 70 kerugian 48.68 mata untuk mencatatkan paras 14,155.84 dan Indeks FBM ACE susut 0.53 mata kepada 5,043.09.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 24.47 mata kepada 16,247.45, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian lemah 0.86 mata kepada 170.86, Indeks Perladangan berkurangan 37.14 mata pada 6,976.37 tetapi Indeks Tenaga meningkat 3.03 mata kepada 824.88.

–BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)