Bursa dibuka rendah pada hari ini

Bursa dibuka rendah pada hari ini

KUALA LUMPUR,. Indeks utama Bursa Malaysia dibuka rendah sedikit pada sesi awal dagangan pagi ini, mengambil petunjuk daripada prestasi bercampur-campur semalaman di Wall Street berikutan lonjakan harga minyak mentah, kata seorang penganalisis.

Pada 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.97 mata kepada 1,432.42 daripada penutupan semalam pada 1,433.39

Indeks utama dibuka 1.15 mata lebih rendah pada 1,432.24.

Pergerakan harga di pasaran positif menyaksikan kaunter untung mengatasi kaunter rugi 222 berbalas 124, manakala 244 kaunter tidak berubah, 1,635 tidak diniagakan dan 30 yang lain digantung.

Jumlah dagangan adalah sebanyak 311.29 juta unit bernilai RM115.57 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng, berkata bursa tempatan mungkin menjangkakan beberapa pembetulan berlaku sekali sekala di tengah-tengah peningkatan prestasi dalam pasaran serantau.

“Kami mengunjurkan indeks berlegar antara 1,430 dan 1,440. Saham minyak dan gas sepatutnya kembali menjadi tumpuan berikutan lonjakan harga minyak mentah,” katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank susut dua sen kepada RM8.65, Public Bank naik satu sen kepada RM4.01, Petronas Chemicals menambah tiga sen kepada RM7.24 dan CIMB turun satu sen menjadi RM5.29.x

Bagi saham aktif, Fitters turun setengah sen kepada 7.5 sen, Reach Energy susut 2.5 sen kepada lima sen, Pesona Metro naik setengah sen kepada 25 sen dan Computer Forms menambah satu sen kepada 24 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 3.43 mata kepada 10,504.89, Indeks FBMT 100 menokok 2.21 mata kepada 10,191.46 dan Indeks FBM Emas Syariah meningkat 4.27 mata kepada 10,815.95.

Indeks FBM 70 pula mengukuh 40.65 mata kepada 13,646.81 dan Indeks FBM ACE meningkat 25.19 mata kepada 5,337.31.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 2.22 mata kepada 15,802.31, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menambah 0.26 mata kepada 173.32, Indeks Perladangan mengukuh 9.68 mata kepada 6,788.92 dan Indeks Tenaga meningkat 0.56 mata kepada 866.32.

–BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )