Bursa dibuka sederhana pada pagi

Bursa dibuka sederhana pada pagi

KUALA LUMPUR,. Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur pada Rabu, berikutan wujudnya minat belian baharu dalam keadaan sentimen berhati-hati yang timbul susulan prestasi di Wall Street, kata peniaga.

Pada 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) yang menjadi penanda aras pasaran meningkat 2.45 mata kepada 1,557.03 daripada 1,554.58 ketika ditutup pada Selasa.

Indeks utama itu dibuka 0.9 mata lebih tinggi pada 1,555.48.

Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 210 berbanding 152, manakala 250 kaunter tidak berubah, 1,631 kaunter tidak diniagakan dan 14 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 310.77 juta saham bernilai RM111.02 juta.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, pelabur dijangka terus membeli saham yang mengalami penurunan menjelang musim pelaporan prestasi kewangan walaupun berlakunya turun naik ketara di Wall Street dalam tempoh semalaman.

“Sentimen pasaran keseluruhan mungkin diuji oleh kebimbangan kesan cukai makmur ke atas prestasi kewangan korporat dan keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) berhubung kadar faedah hari ini,” menurutnya menerusi nota penyelidikan.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank menokok empat sen kepada RM9.40, Public Bank naik satu sen kepada RM4.65, Petronas Chemicals menokok dua sen kepada RM9.91, manakala IHH Healthcare turun dua sen kepada RM6.41.

Bagi saham aktif, CSH Alliance menambah satu sen kepada 12.5 sen, manakala Serba Dinamik turun 1.5 sen kepada enam sen, Techna-X susut setengah sen kepada 11 sen, dan Bumi Armada kurang satu sen kepada 41 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 5.37 mata kepada 11,115.83; Indeks FBMT 100 naik 6.79 mata kepada 10,794.28; Indeks FBM Emas Syariah menokok 0.19 mata kepada 11,548.73 manakala FBM ACE susut 23.51 mata kepada 5,349.57 dan FBM 70 turun 33.40 mata kepada 13,267.57.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan menambah 27.87 mata kepada 16,688.31; Indeks Barangan dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.03 mata kepada 197.13 dan Indeks Perladangan menambah 34.15 mata kepada 8,180.25.

— Bernama

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)