Bursa dibuka tinggi pada pagi sebelum susut sedikit

Bursa dibuka tinggi pada pagi sebelum susut sedikit

KUALA LUMPUR,. Indeks utama Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin namun mengalami penurunan selepas itu berikutan kekurangan momentum belian yang kukuh dalam kaunter berkaitan indeks.

Pada 9.25 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) yang menjadi penanda aras pasaran susut 8.52 mata kepada 1,473.28 daripada 1,481.80 ketika ditutup pada Jumaat minggu lepas.

Indeks itu dibuka 0.28 mata lebih tinggi kepada 1,482.08.

Terdapat 297 kaunter untung dan 249 kaunter rugi bagi keseluruhan pasaran selain, 297 kaunter tidak berubah, 1,398 kaunter tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 830.01 juta unit bernilai RM239.47 juta.

Dalam nota penyelidikan hari ini, Rakuten Trade Sdn Bhd menjelaskan pihaknya menjangkakan minat belian kembali ke kaunter perbankan susulan penurunannya minggu lalu.

“Berdasarkan pengumuman Kabinet baru-baru ini yang diterima dengan baik secara umum, kami berpandangan indeks mungkin mengalami pembalikan hari ini dengan kami mengunjurkan ia berada dalam aliran berjulat 1,480 hingga 1,500,” menurut firma pembrokeran itu.

Antara saham wajaran tinggi, Maybank susut empat sen kepada RM8.54, Public Bank dan CIMB masing-masing turun tiga sen kepada RM4.38 dan RM5.61, Petronas Chemicals kurang dua sen kepada RM8.50, TNB merosot 13 sen kepada RM8.25 dan IHH Healthcare tidak berubah pada RM5.83.

Bagi saham aktif, MQ Technology naik 1.5 sen kepada tujuh sen, SMTrack menambah satu sen kepada 7.5 sen, Advance Synergy naik setengah sen kepada 18.5 sen dan Jiankun International meningkat 2.5 sen kepada 28.5 sen, manakala Icon Offshore dan Borneo Oil masing-masing mendatar pada 15.5 sen dan dua sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 41.34 mata kepada 10,611.86, Indeks FBMT 100 susut 47.01 mata kepada 10,310.14, Indeks FBM Emas Syariah kurang 41.30 mata kepada 10,836.62 danFBM 70 susut 9.43 mata kepada 13,061.76, manakala FBM ACE meningkat 45.31 mata kepada 5,411.20.

Mengikut sektor. Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 87.77 mata kepada 16,358.65, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.50 mata kepada 181.32, Indeks Perladangan menguncup 18.79 mata kepada 6,789.06 namun Indeks Tenaga naik 12.12 mata kepada 812.23.

— Bernama

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)