Bursa gantung jualan singkat kaunter minyak dan gas

Bursa gantung jualan singkat kaunter minyak dan gas

KUALA LUMPUR,. Bursa Malaysia menggantung proprietari dan jualan singkat harian (IDSS) bagi kaunter berkaitan minyak dan gas pagi ini.

Ia selepas selepas harga urus niaga terakhir sekuriti yang diluluskan menjunam lebih daripada 15 peratus daripada harga rujukan.

Kaunter berkenaan termasuk Dayang Enterprise Holdings Bhd, Velesto Energy Bhd, Hibiscus Petroleum Bhd, Bumi Armada Bhd, Serba Dinamik Holdings Bhd, Dialog Group Bhd, Coastal Contracts Bhd, Wah Seong Corp Bhd dan Muhibbah Engineering (M) Bhd.

Kaunter derivatif berkaitan minyak dan gas tempatan yang disenaraikan susut sehingga 90 peratus pada awal dagangan hari ini, manakala saham minyak dan gas adalah kaunter paling aktif diniagakan dengan catatan harga terendah.

Ia susulan harga minyak mentah global yang menjunam lebih 30 peratus, selepas kegagalan rundingan OPEC pada Jumaat lalu. Kegagalan itu menyaksikan Arab Saudi melancarkan perang harga dengan memberi diskaun 4.0 peratus hingga 7.0 peratus dalam penghantaran minyak ke Asia dan Amerika Syarikat, selain daripada berhasrat meningkatkan jualan sehingga 10 juta tong sehari.

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )