Bursa Malaysia bercampur-campur pada dagangan awal

Bursa Malaysia bercampur-campur pada dagangan awal

KUALA LUMPUR,. Bursa Malaysia mencatat prestasi bercampur-campur pada dagangan awal hari ini ketika kerugian membabitkan saham bermodal kecil terbukti lebih ketara berbanding aktiviti belian saham berkaitan indeks yang berharga rendah.

Pada 9.20 pagi ini, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 5.61 mata kepada 1,551.20 daripada 1,545.59 sewaktu dagangan ditutup semalam.

Sewaktu dibuka pagi ini, indeks petunjuk utama itu susut 1.34 mata kepada 1,544.25.

Sentimen pasaran di Bursa Malaysia secara amnya adalah negatif dengan kaunter rugi mengatasi untung iaitu 218 berbanding 173 manakala 235 kaunter lain tidak berubah, 1,365 tidak didagangkan dan 77 lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 335.84 juta saham bernilai RM174.99 juta.

Sementara itu, Malacca Securities Sdn Bhd dalam nota penyelidikannya berkata aktiviti mencari saham berharga rendah itu mungkin lebih ketara memandangkan bursa tempatan dilihat menamatkan dagangan minggu ini dengan lebih kukuh walaupun keuntungan itu sebaliknya berkurangan berikutan indeks utama pulih ke paras 1,560.

“Oleh kerana tahap sokongan 1,550 itu dilihat sukar dipertahankan, risiko penurunan itu sebaliknya lebih cenderung ke arah 1,535 atau tahap sokongan psikologi 1,500,” katanya.

Menurutnya, saham berharga rendah dan saham di pasaran lebih meluas juga sukar untuk mempertahankan keuntungan sebelum ini, terutamanya akibat aktiviti jualan secara ketara bagi saham-saham ekuiti global berikutan keadaannya yang tidak stabil pada masa ini.

Saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank turun satu sen kepada RM8.48, Public Bank tidak berubah pada RM18.90, Tenaga naik lapan sen kepada RM12.56 dan Petronas Chemicals turun empat sen kepada RM6.41.

Bagi saham aktif, Avillion dan Alam Maritim rugi satu sen masing-masing kepada 15 sen dan 14.5 sen manakala Impiana Hotel tidak berubah pada 2.5 sen.

Dari segi indeks, Indeks FBM Emas naik 28.21 mata kepada 11,058.18, Indeks FBM Emas Syariah turun 30.67 mata kepada 11,743.68, Indeks FBMT 100 menokok 30.88 mata kepada 10,857.66, FBM 70 naik 5.19 mata kepada 13,902.57 dan FBM Ace meningkat 1.98 mata kepada 5,623.20.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Industri susut 0.67 mata kepada 146.55, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 53.92 mata kepada 14,943.81 dan Indeks Perladangan menambah 27.82 mata kepada 7,184.53.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)