Bursa Malaysia dibuka 20 mata lebih rendah

KUALA LUMPUR,. Semua indeks disenaraikan di Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini berikutan peningkatan tekanan jualan, dengan krisis politik tempatan terus mempengaruhi pasaran di sebalik pengumuman pakej rangsangan RM20 bilion untuk menangani impak COVID-19.

Setakat 9.08 pagi, FBM Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berada 1.26 peratus atau 19.08 mata lebih rendah pada 1,486.51, selepas dibuka 20.69 mata lebih rendah pada jam 9 pagi.

Dalam pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi untung 499 berbanding 54, dengan 140 kaunter tidak berubah, 1,350 tidak diniagakan dan 65 digantung.

Sebanyak 346.67 juta saham bernilai RM161.5 juta diniagakan.

-BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )