Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur

Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur

KUALA LUMPUR,. Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur pagi ini berikutan aktiviti pengambilan untung susulan kenaikan semalam dan prestasi rendah di Wall Street semalaman.

Saham Amerika Syarikat (AS) ditutup rendah selepas data jualan runcit negara itu jatuh buat kali pertama dalam tempoh tujuh bulan yang mencetuskan kebimbangan kelemahan ekonomi AS kini melangkaui daripada sektor pembuatan.

Pada 9.05 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 1.75 mata kepada 1,573.15 daripada paras penutup 1,574.90 pada Rabu.

Indeks utama itu dibuka turun 1.86 mata kepada 1,573.04

Bagaimanapun, di keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 110 berbanding 82 manakala 185 kaunter tidak berubah, 1,599 tidak diniagakan dan 15 yang lain digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 108.89 juta saham bernilai RM45.82 juta.

Malacca Securities Sdn Bhd berkata ekuiti Malaysia terus mencatatkan kemajuan apabila aktiviti membeli saham berharga rendah masih berterusan serta kenaikan banyak indeks global utama.

Prospek dalam jangka terdekat ini kekal kukuh dengan aliran meningkat seterusnya apabila indeks utama terus pulih daripada penjualan besar-besaran baru-baru ini.

“Bagaimanapun, keseluruhannya keadaan pasaran masih bercampur-campur dengan belian baharu masih belum begitu cergas dengan aktiviti pengambilan untung segera masih lagi berlaku.

“Oleh itu, kami mengekalkan pandangan bahawa peningkatan dalam tempoh terdekat masih lagi dinilai, walaupun kami melihat potensi aktiviti pengambilan untung yang boleh mengehadkan beberapa kenaikan,” kata firma penyelidikan itu.

Malacca Securities berkata, paras ketahanan berada pada 1,580 dan 1,680 dengan paras sokongan pada 1,550 dan 1,560.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank meningkat lima sen kepada RM8.53, Petronas Chemicals naik empat sen kepada RM7.33 manakala Tenaga susut empat sen kepada RM13.72.

Public Bank dan IHH Healthcare tidak berubah masing-masing pada RM19.23 dan RM5.70.

Dalam kalangan kaunter paling cergas, Mestron meningkat satu sen kepada 13 sen, Bumi Armada dan Alam Maritim susut setengah sen setiap satu masing-masing kepada 40.5 sen dan sembilan sen manakala Sapura Energy tidak berubah pada 27 sen.

Indeks FBM Emas turun 4.58 mata kepada 11,212.27, Indeks FBMT 100 susut 4.78 mata kepada 11,028.02 dan Indeks FBM Emas Shariah berkurangan 6.99 mata kepada 11,829.39.

FBM 70 meningkat 24.51 mata kepada 14,189.17 dan FBM Ace menokok 4.8 mata kepada 4,719.23.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 16.92 mata kepada 15,190.99, Indeks Perladangan susut 34.92 mata kepada 6,638.90 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.16 mata kepada 151.62.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)