Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur

Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur

KUALA LUMPUR,. Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur hari ini susulan aktiviti sederhana belian saham berharga remdah selain kemunculan aktiviti pengambilan untung.

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 5.45 mata kepada 1,604.73 berbanding 1,610.18 pada penutupan Jumaat.

Indeks dibuka 3.73 mata lebih tinggi pada 1,606.45.

Berdasarkan kedudukan pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 124 berbanding 113, manakala 182 kaunter tidak berubah, 1,573 tidak diniagakan dan 29 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 68.08 juta saham bernilai RM32.18 juta.

Ketua strategi Pasaran Asia Axi Trader, Stephen Innes berkata beliau yakin perjanjian perdagangan ‘fasa satu’ antara US-China dan pilihan raya United Kingdom telah mengurangkan risiko.

“Walaupun hasil ‘fasa pertama’ itu sudah dicerminkan dalam harga saham, kedudukannya masih agak kecil, namun berdasarkan banyak modal yang belum dilaburkan, pasaran mungkin meningkat lebih tinggi, disokong oleh pemulihan dalam pertumbuhan global,” kata Innes dalam notanya hari ini.

Antara saham wajaran tinggi, Maybank susut satu sen kepada RM8.61, Tenaga turun lapan sen kepada RM13.30, PetChem merosot 12 sen kepada RM7.50, manakala Public Bank naik dua sen kepada RM19.84 dan CIMB tidak berubah pada RM5.27.

Bagi saham aktif, Brahims dan VisDynamics masing-masing menambah 4.5 sen kepada 36.5 sen dan 46 sen manakala IFCA MSC dan Datasonic masing-masing naik satu sen kepada 50.5 sen dan RM1.27.

Indeks FBM Emas turun 28.13 mata kepada 11,376.61, Indeks FBM Emas Shariah susut 48.35 mata kepada 12,020.19 manakala Indeks FBMT 100 merosot 29.97 mata kepada 11,180.46.

FBM Ace, bagaimanapun mengukuh 26.79 mata kepada 5,055.38 namun FBM 70 susut 4.99 mata kepada 14,102.99.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 13.73 mata kepada 15,547.80, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.92 mata kepada 153.94 manakala Indeks Perladangan meningkat 3.62 mata kepada 7,607.7

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )