Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur disebabkan kebimbangan terhadap pasaran global

Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur disebabkan kebimbangan terhadap pasaran global

KUALA LUMPUR,. Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur hari ini berikutan kebimbangan pasaran global mengenai perkembangan ekonomi yang semakin perlahan susulan laporan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Pada 9.07 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 3.17 mata kepada 1,589.83 daripada 1,593.00 semasa ditutup semalam.

Bagaimanapun, kedudukan pasaran secara menyeluruh menyaksikan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 119 berbanding 73, manakala 177 kaunter tidak berubah, 1,632 tidak diniagakan dan 71 llain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 116.48 juta saham bernilai RM41.66 juta.

Laporan oleh badan pembangunan perdagangan PBB, Unctad menyatakan pertumbuhan yang lemah di negara maju dan negara sedang membangun memberi petunjuk jelas bahawa kemelesetan global pada tahun 2020 semakin jelas dan mengundang bahaya.

Dalam laporan penting itu, ia berkata 2019 akan berdepan pengembangan paling lemah dalam tempoh satu dekad dan terdapat risiko bahawa kelembapan itu beralih kepada penguncupan pada tahun depan.

“Lampu amaran menyuluh kepada perang perdagangan, turun naik mata wang, kemungkinan tiada rundingan Brexit dan pergerakan dalam kadar faedah jangka panjang,” katanya.

Sementara itu, Malacca Securities dalam laporan ekuitinya hari ini berkata keputusan oleh penyedia indeks FTSE Russell untuk mengekalkan bon kerajaan Malaysia dalam senarai pemerhatian akan memberikan penangguhan dalam jangka masa terdekat untuk memberi ruang kepada kerajaan untuk menambah kecairan kepada bon.

“Dengan risiko pengecualian menurun sekarang, kami juga menyaksikan peningkatan positif kepada ekuiti Malaysia dalam tempoh terdekat dan untuk mengetepikan sedikit kelemahan semalaman di Wall Street,” katanya.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam, penyedia indeks itu berkata ia akan menyediakan satu lagi kemas kini selepas semakan interim pada Mac, yang akan memberikan masa kepada bank pusat Malaysia akan potensi untuk meneroka lebih banyak langkah untuk meningkatkan kecairan.

Berhubung prestasi indeks, saham wajaran tinggi Tenaga Nasional, Maxis dan Digi masing-masing naik dua sen kepada RM13.44, RM5.40 dan RM4.76 manakala Sime Darby Plantation dan MISC masing-masing naik lima sen kepada RM4.93 dan RM7.75.

Bagi saham aktif, Sapura Energy, Prestariang dan Industri V masing-masing naik satu sen kepada 29.5 sen, 50.5 sen dan RM1.38, Prinsiptek dan Vsolar masaing-masing menokok setengah sen kepada 14.5 sen dan 7 sen.

Indeks FBM Emas susut 18.85 mata kepada 11,252.31, Indeks FBMT 100 menguncup 19.17 mata kepada 11,085.16 dan Indeks FBM Emas Shariah turun 28.68 mata kepada 11,788.94.

FBM 70 turun 11.95 mata kepada 14,018.05 dan FBM Ace naik 1.25 mata kepada 4,586.84.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 13.63 mata kepada 15,429.64 dan Indeks Perladangan menambah 5.08 mata kepada 6,779.23, tetapi Indeks Produk & Perkhidmatan Industri turun 0.22 mata kepada 153.07.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )