Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi

Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi

KUALA LUMPUR,. Bursa Malaysia memulakan dagangan Khamis dengan menokok 0.70 peratus, didahului oleh saham-saham Public Bank dan Top Glove.

Pada 9.05 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 11.03 mata kepada 1,584.54 berbanding 1,573.51 yang dicatatkan pada Rabu.

Indeks penanda aras itu menambah 6.46 mata kepada 1,579.97 sewaktu dagangan dibuka.

Di pasaran lebih meluas, kaunter untung mengatasi rugi iaitu 295 berbanding 155 manakala 266 kaunter lain tidak berubah, 1,408 lain tidak diniagakan manakala sembilan lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 463.33 juta saham bernilai RM179.87 juta.

Bursa Malaysia menyaksikan aktiviti jualan besar-besaran pada Rabu dengan indeks petunjuk utama susut 2.2 peratus, kebanyakannya disebabkan oleh kerugian dialami saham-saham sarung tangan.

Sementara itu, firma pembrokeran, Rakuten Trade Sdn Bhd berkata aktiviti jualan itu mungkin sudah berakhir dan akan disusuli oleh kegiatan memburu saham-saham berharga rendah pada dagangan hari ini.

“Kami mendapati dana asing turut menyertai pasaran dengan aliran masuk positif semalam dan menjangkakan indeks utama akan mencatat aliran melebihi paras 1,580 dengan 1,570 sebagai paras sokongan segera,” katanya dalam nota penyelidikan.

Kaunter Top Glove dan Public Bank masing-masing meraih lapan sen kepada RM4.60 dan RM4.28 yang turut menyumbang sebanyak 4.13 mata kepada indeks utama.

Saham-saham wajaran tinggi lain seperti Maybank naik tiga sen kepada RM8.28, Public Bank meningkat lapan sen kepada RM4.28, Petronas Chemicals meraih satu sen kepada RM8.01, TNB menokok 10 sen kepada RM10.22 manakala IHH Healthcare tidak berubah pada RM5.32.

Bagi saham aktif, Dagang Nexchange mengukuh enam sen kepada 97 sen, Zelan naik 4.5 sen kepada 15.5 sen, Berjaya Corp meningkat 2.5 sen pada 48 sen, Berjaya Land menokok 4.5 sen kepada 45 sen, Fintec tidak berubah pada enam sen dan Matang jatuh satu sen kepada 11.5 sen.

Di papan indeks menyaksikan Indeks FBM Emas meningkat 70.49 mata kepada 11,685.05, FBM 70 meraih 45.09 mata kepada 15,518.66, FBMT 100 naik 66.92 mata kepada 11,348.69, FBM ACE menambah 32.14 mata kepada 10,097.94 dan FBM Emas Shariah melonjak 67.57 mata kepada 12,915.74.

Mengikut sektor pula, Indeks Perkhidmatan Kewangan menambah 94.3 mata kepada 15,315.29, Indeks Perladangan naik 16.72 mata kepada 7,028.23 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 1.24 mata kepada 192.38.

-BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)