Bursa Malaysia dibuka mendatar dalam dagangan awal hari ini

KUALA LUMPUR,. Bursa Malaysia kekal mendatar dalam dagangan awal pada Khamis berikutan kekurangan pemangkin baharu.

Pada 9.24 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.20 mata kepada 1,522.47 daripada 1,522.27 pada Rabu.

Indeks dibuka rendah 1.95 mata kepada 1,520.32.

Kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 260 berbanding 198, manakala 325 kaunter tidak berubah, 1,558 tidak diniagakan dan 44 yang lain digantung.

Kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 260 berbanding 198, manakala 325 kaunter tidak berubah, 1,558 tidak diniagakan dan 44 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 359.70 juta unit bernilai RM173.45 juta.

Rakuten Trade berkata corak dagangan mendatar yang sama dijangka hari ini dan sentimen boleh menjadi positif berikutan pembukaan laluan perjalanan vaksinasi antara Malaysia dan Singapura.

“Bagi hari ini, kami menjangka indeks akan diniagakan dalam jajaran kecil antara 1,520 dan 1,530 sekali lagi,” katanya dalam nota penyelidikan hari ini.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank dan Petronas Chemicals, masing-masing meningkat tiga sen kepada RM8.15 dan RM8.37 manakala TNB dan Press Metal, masing-masing naik dua sen kepada RM9.46 dan RM5.67.

IHH Healthcare merosot empat sen kepada RM6.65 dan Maxis susut satu sen kepada RM4.58.

Daripada saham aktif, G3 Global dan Dnonce, masing-masing meningkat satu sen kepada 14.5 sen dan 36 sen, Fitters Diversified naik setengah sen kepada 51 sen serta Ageson dan Kejuruteraan Asastera, masing-masing tidak berubah pada 5.5 sen dan 32 sen.

NWP Holdings merosot 1.5 sen kepada 30.5 sen dan Dagang NeXchange susut setengah sen kepada 87.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 5.68 mata kepada 11,198.83, Indeks FBMT 100 meningkat 5.79 mata kepada 10,855.07, Indeks FBM Emas Shariah menambah 3.01 mata kepada 12,139.18, FBM 70 menokok 24.93 mata kepada 14,655.99 dan FBM ACE susut 25.98 mata kepada 6,725.33.

Mengikut sektor, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan naik 0.43 mata kepada 199.63, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 16.77 mata kepada 15,286.49 dan Indeks Perladangan susut 4.35 mata kepada 6,596.96. – Bernama

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )