Bursa Malaysia dibuka mendatar menjelang Bajet 2022

KUALA LUMPUR,. Bursa Malaysia dibuka hampir mendatar pada Jumaat, menjelang pembentangan Bajet 2022 petang ini.

Pada 9.05 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.09 mata kepada 1,566.77 daripada penutup Khamis 1,566.86.

Ia dibuka 2.01 mata lebih tinggi pada 1,568.87.

Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi rugi 174 berbanding 169, manakala 273 kaunter tidak berubah, 1,664 tidak diniagakan dan 46 lagi digantung.

-BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )