Bursa Malaysia dibuka rendah

Bursa Malaysia dibuka rendah

KUALA LUMPUR,. Bursa Malaysia dibuka rendah sedikit hari ini berikutan permintaan yang lembap dengan pelabur mengambil sikap berhati-hati.

Pada 9.05 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 0.23 mata kepada 1,592.10 daripada 1,592.33 semalam.

Indeks itu dibuka 0.19 mata lebih tinggi pada 1,592.52.

Kaunter turun mengatasi naik sebanyak 105 berbanding 88 dengan 150 kaunter tidak berubah, manakala 1,662 tidak diniagakan dan 23 yang lain digantung.

Sejumlah 141.45 juta saham bertukar tangan bernilai RM78.18 juta.

Terdahulu di Tokyo, bursa sahamnya dibuka lebih juga rendah menjejaki penyusutan semalaman di Wall Street ketika mana yen yang mengukuh memberi kesan kepada pasaran.

Indeks penanda aras Nikkei 225 turun 0.61 peratus atau 133.88 mata pada 21,964.96 pada awal dagangan.

Indeks Topix susut 0.54 peratus atau 8.76 mata pada 1,614.18. – BERNAMA/AFP

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )