Bursa Malaysia dibuka rendah

Bursa Malaysia dibuka rendah

KUALA LUMPUR,. Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini berikutan kekurangan minat belian, walaupun prestasi semalaman Wall Street kukuh.

Pada 9.05 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 0.76 mata kepada 1,569.37 daripada 1,570.13 semasa ditutup pada Isnin.

Ia dibuka rendah 0.58 mata kepada 1,569.55.

Bagaimanapun, suasana pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 198 berbanding 144, manakala 279 kaunter tidak berubah, 1,647 tidak diniagakan dan enam yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 166.81 juta unit bernilai RM87.51 juta.

Malacca Securities Sdn Bhd berkata, pasaran boleh diimbangi oleh potensi aktiviti belian saham pada harga rendah pada minggu ini berikutan peningkatan semula yang positif di Wall Street, selain kestabilan dalam landskap politik tempatan selepas majlis menandatangani Memorandum Persefahaman antara kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan (PH) semalam.

“Bagi komoditi, harga minyak sawit mentah dan minyak mentah berada pada aliran meningkat, manakala harga aluminium terus mencatatkan peningkatan.

“Oleh itu, kami menjangka aktiviti belian saham pada harga rendah akan berterusan dalam saham yang mencatatkan pemulihan seperti perbankan, pengguna dan pelancongan terutamanya dalam segmen perjalanan domestik,” menurut firma penyelidikan itu dalam nota hari ini.

Katanya pelabur juga boleh menjalankan dagangan di kaunter perladangan serta minyak dan gas dalam persekitaran harga komoditi yang kukuh.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank tidak berubah pada RM8.30, Public Bank dan CIMB Group, masing-masing merosot dua sen kepada RM4.04 dan RM4.82 manakala Petronas Chemicals meningkat tiga sen kepada RM8.02.

Daripada saham aktif, Kejuruteraan Asastera naik satu sen kepada 39.5 sen, DataPrep Holdings meningkat empat sen kepada RM1.19 manakala Avillion dan Tanco Holdings, masing-masing tidak berubah pada 15.5 sen dan 23.5 sen.

Kaunter paling rugi termasuklah SAM Engineering yang merosot 18 sen kepada RM14.56, diikuti Genetec Technology yang susut 12 sen kepada RM32.94 dan Maxis yang berkurangan 10 sen kepada RM4.66.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 2.20 mata kepada 11,483.56, Indeks FBMT 100 naik 0.18 mata kepada 11,172.87 dan Indeks FBM Emas Shariah menambah 12.53 mata kepada 12,582.14.

FBM 70 naik 22.03 mata kepada 15,020.65 manakala FBM ACE meningkat 5.00 mata kepada 7,224.11.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan naik 8.57 mata kepada 6,589.64,

Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan menambah 0.94 mata kepada 201.58 manakala Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 28.82 mata kepada 15,344.73.

-BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )